Friday, September 24, 2010

TANDA-TANDA AWAL KANSER :)

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

( Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
-------------------------------
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
( Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil



Tanggungjawab Dan Dosa Seorang Lelaki :)

Salam Sejahtera. Seorang yang bernama lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar kepada dirinya sendiri dan juga orang yang berada disekelilingnya. Begitulah juga banyaknya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung oleh seorang lelaki berbanding seorang wanita. Wanita juga mempunyai tanggungjawab yang berat dalam hidup mereka. Cuma dalam entri ini saya lebih menerangkan mengenai lelaki. Kalau ada masa akan buat entri mengenai wanita pulak.

Seorang lelaki bujang akan menanggung dosanya sendiri apabila dia sudah baligh manakala dosa seorang gadis bujang masih ditanggung oleh bapanya. Dosa seorang lelaki yang telah baligh tidak akan ditanggung oleh ibu bapa mereka lagi seperti semasa mereka masih belum baligh. Sebaliknya dosa-dosa yang mereka lakukan akan ditanggung oleh diri mereka sendiri kerana mereka telah matang dan boleh berfikir sendiri. Bagi seorang wanita, dosa-dosa yang mereka lakukan akan ditanggung oleh diri mereka dan bapa mereka, dan akan ditanggung oleh suami mereka apabila mereka telah berkahwin.

Bagi lelaki yang telah berkahwin terpaksa tanggung dosa diri sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Begitulah banyak dan beratnya dosa yang terpaksa ditanggung oleh seorang lelaki yang bergelar seorang bapa. Bagi seorang anak, terutamanya anak perempuan sayangilah bapa anda dan jangan melakukan dosa yang akan terpaksa ditanggung oleh bapa anda. Sebagai isteri pula, taatilah suami anda selagi perkara yang diperintahkan tidak membawa kepada kemungkaran.

Seorang anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya yang telah tua dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya itu maka dosa baginya terutama anak lelaki yang paling tua, menakala perempuan tidak mempunyai tanggungjawab itu, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri yang berbuat baik pahala mendapat kepadanya kalau melakukan kemungkaran maka dosanya ditanggung oleh suaminya.

Tanggungjawab suami adalah wajib memberi nafkah kepada isterinya, tapi seorang isteri tidak wajib memberi nafkah kepada suami. Jika seorang suami tidak menjalankan tanggungjawabnya itu maka dia akan mendapat dosa kerana memberi nafkah itu adalah wajib bagi seorang suami. Walaupun begitu isteri boleh membantu sama-sama bekerja mencari rezeki untuk menambahkan pendapatan keluarga sekiranya suami membenarkan.

Sebagai seorang lelaki adalah menjadi menjadi tanggungjawab anda juga untuk melindungi kaum wanita. Ini kerana anda sebagai kaum lelaki telah diberi kelebihan berupa kekuatan berbanding kaum wanita yang lebih bersifat lemah. Sekiranya anda seorang lelaki menzalimi kaum wanita maka anda telah mendapat dosa kerana berlaku zalim. Lindungilah kaum wanita terutama kaum wanita dikalangan ahli keluarga anda sendiri iaitu ibu, kakak dan adik perempuan anda.

Ada banyak lagi sebenarnya tanggungjawab-tangggungjawab dan dosa-dosa yang perlu ditanggung bagi seorang lelaki lebih-lebih lagi lelaki yang bergelar seorang suami. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggung oleh seorang lelaki ni. Ada sebabnya mengikut kajian umur orang perempuan lebih panjang daripada umur orang lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada mereka.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk sama-sama kita ambil iktibar tidak kira anda seorang lelaki ataupun seorang wanita. Yang penting kaum lelaki dan wanita sama-sama saling memerlukan antara satu sama lain.

dari blog kawan seIslam kita :)