Friday, December 24, 2010
THANK YOU MY DEAR ALLAH :)
Salam semua .. ( rase macam lagu blog nas nie sesuai la )
18.12.2010 - 22.12.2010
Jantung nie rasa cam nak meletup ! Betul nas cakap . Mase bersendirian mula la nas fikir macam-macam . Yela , dulu cikgu-cikgu and kawan-kawan bagitahu yang result keluar 28.12.2010 .. Hmm , tarikh dipercepatkan pulak ..Tapi malam yang last tue , nas tidur , tenang jea ..menanti ape yang akan berlaku pada esok hari..
23.12.2010
Hari yang dinanti-nantikan dah tiba . Tapi nas , nak hari tue tak tiba-tiba . Nas takut , cuak and semua lah perasaan yang ader dalam dunia nie ader kat nas masa tuh . Happy pown ader .. malas nak pergi sekolah pown ader.. Sekarang baru pukul 7 pagi . Nas ambil masa nie dengan online ssb , saje nak redakan perasaan yang macam dilanda tsunami . Masa cepat jer berlalu..Sempat borak sekejap jea dengan qila XD . Nas pown offline . Dah siap , dalam pukul 10.30 bertolak ke sekolah . Jalan kaki ..
Sampai dekat sekolah , nas jumpa kawan-kawan nas tengah lepak-lepak tepi dinding . Bila tanya , dorang kate tak ambil lagi . Cuak . Lepas tue nas naik atas , pergi dewan . Ramainya manusia dalam dewan . Ibu bapa pown ader sekali tapi kira-kira 0.1 / 4 bahagian dewan jela. Sikit jea.
Masuk jea kaki dalam dewan , kawan nas serbu . Dia tunjuk-tunjuk result dye kat nas . Alhamdulillah , dia dapat 8a ! Nas ucap congrats kat dia and nas peluk dia . Tunjukkan yang nas mmg happy untuk dye. Kat kengkawan yang lain pown sama . Ramai dapat 8a , setakat yang nas tanya .
Lepas tue , nas beratur dekat barisan kelas 3 Alpha . Makin cuak bila barisan nas ke meja cikgu yang bertugas makin pendek . Kawan-kawan nas yang kat depan majoriti 8A . Nas makin cuak .. nak lari tapi ramai dah yang jadi pengapit , ramai dah pandang nak tahu , haih , tak boleh nak escape .
Tiba lah masa yang dicuak-cuakkan tuh , nas pandang cikgu . Cikgu pandang nas . Nas senyum , cikgu pulak ketawa . apehal ? Patu dia tanya , agak- agak awak dapat berapa ? Hah ? tengah cuak , boleh pulak beramah mesra . Untuk hilangkan gugup , nas gelak jugak sambil jawab , err , 5 jea kowt .
Then cikgu geleng and " tahniah , awak dapat "teettt."
Then nas terus peluk cikgu sambil ucap terima kasih . Lepastue nas and kengkawan bergambar and jumpa cikgu-cikgu yang pernah ajar kitorang tuk say thanks .
Ya Allah , aku bersyukur sangat . Akhirnya dapat jugak aku bahagiakan kedua orang tua ku ...
Tahinah kepada calon PMR 2010 yang dapat straight A'S , 7A'S , 6A'S nad 5A'S
Written by Nas Adila at 12/24/2010 10:50:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 kisses me :):
nad same dgn and .
typing error .
sorry .
malas nk betulkan.
Post a Comment