Monday, August 15, 2011

Aku tak puas hati , kalau kau dengar mesti kau sakit hati.




Nota penulis ; Cerita ini berlaku pada petang tadi . Baca lah sampai habis , kalau tak nak pown baca sampai T-A-M-A-T jea . Takkan menyesal punya . Kalau tak best , jangan komen , kalau best comment . ( joke! )



Ajis ; Alkisah , maka tersebut lah kesah .
Sudin ; Aiib..
Ajis ; Sang kancil datang beramai-ramai menghadap kebawah duli yang maha mulia Sultan Firaun..
Ramlee ; Mana firaun pakai sultan .
Ajis ; Entaaahhhh...


Itulah mukaddimahnya .Harapnya mood nak baca story nie belum hilang lagi.


Nas pergi rumah Najwa pukul 3.00 sebab nak goreng keropok . Nanti nak jual . Sambil – sambil tue kitorang dengar lagu SNSD , Secret , CN Blue , TVXQ , Suju . ( sapa minat depa sila comment ! XD ) sampailah habis packing keropok-keropok tue . Keropok itu nak kena bawak pergi rumah cikgu , coz senang nak bawa pergi sekolah nanti . Cikgu kan ada kereta , kami nie jalan kaki jeah . Sebab tu la .


So Izzati call Amir , anak cikgu tue sebab cikgu takda , gi PKNS .Usahawan la katakan . Dialog diorang lebih kurang gini ;-


Izzati ; Salam , kitorang nak hantar keropok nie kat rumah kau sekarang ..
Amir ; Apehal pulak ,simpan jela dekat rumah Najwa ..!
Izzati ; Tak bolehla , rumah Najwa banyak semut ..!
Amir ; Eh , rumah aku pun banyak semut ..
Izzati ; ala tolong la..
Amir ; Tak yah la... TUTUP !


Kurang garam betul si Amir nie . Lepas tue Izzati call lagi. Tak angkat . Then call lagi  untuk kali yang ketiga . Lepas tue dia angkat .


Amir ; ape?Handphone aku habis bateri .
Izzati ; Cepatla . Bagitahu alamat rumah kau.
Amir ; Kau tanya lah mak aku ... TUTUP !


Sekali lagi Amir hilang kewarasannya . Kitorang pown kabut cari nombor cikgu , TAK ADA ! Call pulak kawan-kawan yang lain , kut-kut ada yang tahu tapi tak de. Lepastue , dengan sepenuh jiwa raga yang panas , hangat semacam , Izzati call dia lagi .


“Kita call dia sampai meninggal ! “ Nas menyampuk masa Amir belum angkat telefon .HAHA jahat betul mulut nas .Then semua gelak . Okey , sambung dengan perbualan minah I dengan mamat A .


Izzati ; Weh ,bagitahu la alamat rumah kau . Tolong la..
Amir ; nak buat ape .. tak de kat rumah nie..
Izzati ; Kau jangan nak tipu . Aku dah tanya mak kau , dia kata kau ada . Dia suruh tanya alamat dekat kau . ( padahal tak tanya pon XD )
Amir ; Yela yela..rumah aku tingkat 15 eh 13 ...TUTUP !


Sekali lagi kesengalan Amir melanda tetapi kitorang percaya dekat dia . Nas , Izzati , Nurul and Fana jea yang pergi . Kebetulan arah rumah nas pown sama jalan dengan rumah Amir tue , so ape salahnya nas teman dorang kan .. Fana tukang bawak keropok tue . Untuk memudahkan kerja , kitorang sumbat jea keropok tue dalam beg plastik kitar semula yang warna putih tuh , habis cerita .


Then , kitorang pergi la , lepastue kitorang tersentak . Amir tak cakap rumah dia BLOK yang mana satu ! Lagi satu hal , kena call balik . Nas rasa rumah dia dekat blok 5B . So pergi situ dulu , lepastue baru Izzati call balik sebab was – was .


Izzati ; Amir , rumah kau blok mana satu ?
Amir ; 6E ..
Izzati ; Ok.


Boleh percaya ke Amir nie ?

Kitorang pergi blok 6E seperti yang Amir cakapkan tuh . Masuk lif tekan button nombor 15 . Then ketuk pintu rumah nombor 3 . Ikut kata Izzati , maybe yang menyebabkan Amir tersasul tadi sebab tertukar nombor tingkat dengan unit rumah . Maybe nombor 3 rumah dia . Kitorang ketuk . Then , dua budak lelaki , kecik bukak pintu . Kitorang rasa pelik. Amir anak tunggal rasanya . Macamana pulak boleh ade adik ?


Nas ; Adik , nie rumah Amir ker ? Anak cikgu Halipah ?
Budak ; Huh ? lepastu geleng-geleng.
Nas and Zati ;Terima kasih dik. * sambil blah dari situ .

SEGAN WOOO !



“Zati , biar betul nie ?Aku rasa rumah dia dekat blok 5B la sebab aku pernah tengok cikgu parking bawah flat tuh..” Nas cakap . Pastu Izzati kata , “takpa .. kita pergi tengok tingkat 13 pulak . kowt-kowt tuh rumah dia.” 5 MINIT .. Alamak , salah rumah lagi . Peratus segan semakin bertambah ..


Jomla pergi blok 5B . Amir nieh nak kena la ! Rasa macam nak kasi dia makan selipar jamban aku nie jeah ..! Nas dah bengang dah and dah agak, dia mesti tipu . Then Izzati call dia balik..


Izzati ; Hello,cakaplah betul-betul rumah kau dekat mana?Aku pergi blok 6E takde pown .
Amir ; haha , Rumah aku blok 5B la.
Izzati ; Huh ? 5B ? eeee....yela-yela. * tahan geram ! TUTUP !
Izzati again ; Aku tak puas hati , kalau kau dengar apa yang dia cakap , mesti kau sakit hati ... eh dah macam pantun pulak . * Kitorang sesama tergelak ! *



Pergila blok 5B > tingkat 15 > nombor rumah 3 . Sampai-sampai rumah tue takder orang ! Tingkat 13 pown kunci .Siap mangga lagi ! Kali nie Fana pulak telefon dia .


Fana ; Kitorang dah ketuk . Tak der orang bukak .Rumah kau actually dekat tingkat berapa ?
Amir ; Aku tak dengar pown korang ketuk . Rumah aku yang pintu tertutup .
Fana ; Gila ker ? Semua rumah pintu tertutup .
Izzati ; Cuba kau bukak pintu rumah kau ..
Amir ; dah .. haha . cubalah cari rumah aku.. ahaha.. Tutup !


Aish , dia nie memang nak makan kayu balak la . Geram betul ! Syaitan ker manusia nie ? Nas dah fikir gitu dah dalam hati .


Lepastue kitorang decide nak cari rumah dia sendiri-sendiri jea . Pakai cara tanya-tanya orang dekat situ . Rasa segan kena buang jauh-jauhla bila buat kerja amal nie. Dah la bawak JABEK plastik , macam penjaja rumah ke rumah pulak ! >< . Tanya seorang makcik , kebetulan rumahnya pintu terbuka . Katanya tingkat 1 atau 2 . Cari-cari tak der jugak . Tanya seorang makcik lagi.. Katanya tingkat 5 atau 6 . Dengan rajinnya kita pergi cari lepas ucapkan terima kasih dekat makcik tuh . Tapi , berita baik ..takder jugak .


Akhirnya kitorang stop dekat tingkat 6 . Dah tak tahu nak pergi mana dah , tapi kitorang tekad nak tengok muka terkejut dia lepas tengok kitorang muncul depan rumah dia . Pandai main-mainkan orang . Sekarang dah pukul 6 petang . Target sampai pukul 6.15 jea , kalau tak jumpa jugak , kami berpakat nak balik rumah . Sembahyang asar belum dikerjakan lagi ..Bertolak dari rumah Najwa pukul 5 petang .Cuba bayangkan !


Tak lama kitorang kat situ , kitorang nampak ader budak lelaki keluar dari salah sebuah rumah . Form one . Same sekolah dengan kitorang plak tapi tak pernah lagi nas nampak dia . * sempat lagi berkenalan . HAHA


Kitorang pown tanya dia . Dia kata tak tahu , and minta izin nak tanya seorang lagi kawan dia .


“Cuba pergi tingkat 10 .” kata budak tuh .Kitorang pown setuju . Tuh last tingkat yang kitorang akan pergi . Kalau takde , kitorang balik. Kitorang tanpa segan Merah silu mengajak bebudak tadi tuh follow kitorang . Boleh tahan comeil jugak dorang .Lower form kan ;D . Diorang pown tanpa membina tembok dimuka , setuju macam tuh jea . XD


Akhirnya rumah yang budak tuh teka , BETUL ! Kitorang sangat-sangat berterima kasih kepada mereka dengan menghadiahkan mereka senyuman yang menawan . HOHO . Teringat apa yang Amir dah buat dekat kitorang , Nas and Nurul ketuk pintu rumah dia secara kasar . Ada mangga ? Nas ketuk guna mangga .Lama lepas tuh baru dia bukak pintu  . Memang sengaja nak naikkan darah orang ! Dia masih tak mau ambil keropok tuh . Siap nak tutup pintu lagi . Bukan susah pown sebenarnya . Saja menggedik !


Izzati ; ha , terkejut ? kitorang dapat cari rumah kau la !
Nas ; Dosa kau tahu buat kitorang macam nie .
Fana ; Nah , amik la . *hulur plastik.
Nas ; Amikla , kau senang , ader kereta . Lagipun nanti bukan kau yang bawak , tapi cikgu . Kitorang nie pergi sekolah jalan kaki , susahla .



Lepastu dia amik jugak . Alhamdulillah . Nas tengok jam pukul 6.15 tepat . Haha , capai target .



T-A-M-A-T

Nota Muka ; Nas tak pernah jumpa lagi orang macam nie seumur hidup nas.Masa kecik-kecik berangan nak jadi macamnie , bila dah jadi baru nas rasa . Padan muka ! Tapikan , best jugak , sebab rase macam jadi penyiasat XD . Sebenarnya bila teringat balik , kelakar gilee. Tu yang nas coret kat sini . Takut lupa kejadian yang best nie  :))