Salam untuk semua. Terpaku tengok tajuk ? Tajuk nak ganas jea . HAHA nak tarik readers actually * jujurnya !Ok terus pada tajuk. Nas tulis nie bukan apa , semuanya pengalaman nas sendiri lagi-lagi dah lebih setahun nas ader blog . Nas berblogwalking semua . Yang nas nak tulis ni semua konklusi daripada apa yang nas observed . Nas harap tak ada siapa-siapa yang terasa sebab post nie umum dan nas pown ambil iktibar jugak . * so , Selamat membaca . Human not perfect :)
AMARAN : HAK CIPTA NAS ADILA SDN BHD
Hanya teguran dari nas and maybe rakan blogger yang lain . Untuk kebaikan semua . Tiada niat untuk merendahkan sesiapa . Kalau ayat kasar , nas minta maaf . Anw , human not perfect :)
1.Copycat. Nas tak suka betul orang macam nie . Tentu korang pun sama kan ? Siapa suka blog dia ditiru sebijik oleh orang lain ? Ok-ok tak sebijik pown agak-agak dalam 50% nak sama dengan blog korang . Mesti berasap jugak lubang hidung . Lagi satu , si copycat tue tak sedar ke yang kita akan perasan juga dia sedang ‘copy’ kita punya blog walaupun divider jea yang sama . Macam tak logik kan ? Tu pown nak kecoh , tapi kalau dia dan kita agak selalu berbalas kunjungan ... Fikirla . Nas pernah kena . Nama censored ok . Tak elok XD Mianhae >< Hampir 90% blog budak itu nak sama dengan blog nas . So sekarang , bila nas tengok blog dia balik , dah lain . Comeil jea . Good , manusia perlu berubah !
2.Pilih Lagu. Adohh , mesti sakit telinga kalau dalam blog seseorang tue lagu dia gilee rock . Orang nak blogwalking dekat blog dia pun tak hingin , buat panas hati and panas telinga jea . Rasa macam kena heart attack . Set volume paling kuat , lagu rock pulak . Memang mendidih tanpa air la . HAHA . Lagu yang terlalu slow pown tak ok jugak.*nas suka dengar lagu dekat blog-blog korang . Ada yang sweet ^^ Tolong tukar lagu ya untuk kebaikan semua.Nanti orang akan lagi suka blog awak.Awak jugak yang untung.
3.a)Widget. Jangan banyak sangat . Nanti blog awak berat and loading lama gilee.Orang tak suka sebab membazir masa . Sepatutnya boleh blogwalking 5 blog dan keatas tapi bila sampai blog awak , loading dah lebih 10 minit . Saya nak tolong awak , buang yang tak perlu . Kalau tak, awak jugak yang rugi , kurang orang yang nak melawat blog awak.
b)Widget and shoutbox. Semua benda nak letak sebelah kanan . Kalau shoubox belah kanan and widget yang macam beri status tue sebelah kanan jugak , mmg menggelegak . Ala , benda tuh agak-agak besar shoutbox nas . Nak tulis-tulis kat shotbox pown susah . Kadang-kadang sampai hilang mood nak tulis kat situ and then nas terus blah . * sekali dua jea XD . Tapi nas rasa benda tuh takde pown takpa . Sebab benda tuh mengganggu sesangat. ><
4.Post Entry jiwang. Benda ini 90% bloggers perempuan yang buat . Bukan apa , selalu sangat tulis entri pasal pakwe or apa-apa yang jiwang tahap besi karat yang boleh menyebabkan kancing gigi . Contohnya “bie sayang ayang ketat-ketat ! Jangan tinggalkan bie ya sayang ! Hey pompuan pompuan . Jangan kacau pakwe saya , kalau tak saya karate awak !” Memang ayat nie nas reka . HAHA . Entah apa-apa kan ? tapi ader yang lagi teruk . Tolongla , takde sesiapa pun nak kacau pakwe awak . Lagi satu , kurangkan post yang macam tu taw , takut nanti orang meluat dengan awak . Sikit-sikit cerita pasal pakwe . Sebulan sekali boleh la . HAHA *teruknya nas ! Dusshh
5.Tulisan. Contoh tulisan .
Aww , tak payah nak berangkai sangat la .Macam no 1 tue . Susah orang nak bace kak . Tahulah nak bagi blog nampak cantik plus lawa tapi kalau tak boleh bace , buat mata juling , nak kena tenung skrin lelama , tu bukan nas and bukan untuk orang lain jugak . Nas sekejap jea , kalau tak boleh bace , nas blah . Post entri dah macam buat karangan BM tapi tulisan tak dapat nak dikesan , penat jea tulis berjela-jela . So , lepas nie tak payah guna dah tulisan macam tue ^^ Guna jea tulisan yang dah disediakan oleh blogger nie . Tulisan verdana pown lawa jugak taw !
Ni lagi satu contoh . Sekejap tulis huruf besar , sekejap huruf kecil . Pastu double hurufnya nak jugak sampai sejutaaaaaaaa ( macam nie ) . Yang nie pown bikin mata nas juling 180 darjah . Budak-budak sekarang suka guna . Lagi-lagi dekat handphone . Bukan tak boleh guna , tapi agak-agakla , takkan dalam blog pown nak guna . Terhad dekat handphone sahaja kan senang . Jangan biasakan . Yang nie bukan sahaja boleh buat silent readers lari , orang nak click link blog awak pown tak sudi . Rasa malas nak open and read entri kat blog awak .
6.Blog berat. Yang nie semua makhluk manusia di dunia tak suka . Nak tunggu blog loading dah 10 minit . Bila dah boleh bukak , tekan pulak shoutbox kat tepi sebelah kanan tu . Konon nak tinggalkan jejak . Then , Mak aih ?! Kena tunggu dia loading pulak . Macam siput bab satu merangkak pulak dia keluar . Slow-slow . Kalau yang pop-up senang . Haritue , blogwalking satu blog nie . Tunggu dia loading ,lepastu nak tekan post-post tak boleh . HENG ! Tension tension . Habis satu lappy I taw . Kena tutup bukak balik . I kena tekan macam-macam . Paling sedih , I tak dapat nak tinggalkan jejak I kat shoutbox you . Jahat la you nie !
7.Warna background dengan warna tulisan tak match. Warna background kaler merah terang . Adohh , dah sakit mata . Tulisan pulak warna KUNING ! Gilee betul . Berpinar mata nas . HAHA . Tukar background atau warna tulisan yo . Senang warna hitam atau putih . Tak payah nak susah-suah suaikan dengan warna-warna lain lagi dah .
8.Banyak iklan. Nas tak suka blog yang banyak iklan . Serabut . Terus tak nampak kecomelan blog orang terbabit . Ermm , nak tanya , apa itu nuffnang and apa fungsi dia ? Macamana nak guna ? Sorry , banyak tanya plak . Lari topik sikit pulak tue . :P * sikit jeah .
9.Button Follow. Button followers korang dekat mana ? Dekat dengan header ? Dekat dengan shoutbox atau dekat .. yang nie memang dekat . dekat bawah SEKALI ? Malas betul nak scroll ke bawah sekali untuk follow . * nas bukan macam tuh ya . Nas rajin jea . HAHA .* Tapi kita tak tahu orang lain . Maybe ada yang tak jumpa langsung button follow . Kan dah rugi , berapa blogger hilang . Sepatutnya dah boleh eratkan hubungan silaturrahim . *ececeh ! Tak pun , sekarang dah ada versi baru . Button follow boleh buat macam shoutbox . Kat tepi tuh . Nak follow tekan jea . Ada tutor tak ? HAHA . hari tuh dah jumpa tapi tak save . Kan dah merana . Sapa-sapa yang tahu , sila inform nas ok ?
10.Ayat Carut bin Marut bin Barut. Kalau ada blog yang tulis-tulis gitu , terus hilang ke-excited-kan nas kat blog tu eventhough blog tu comeil tahap gaban . Comeil pown tapi budi bahasa tarak , tak da guna . Siap kutuk-kutuk , post panjang macam karangan SPM . Dari awal sampai noktah terakhir semua pasal orang yang dikutuk tue . Tak ker femes orang tue dengan tiba-tiba and tak ker jatuh maruah orang yang buat entri tue pada saat orang lain baca post dia ? Lepas nie tukar cara , guna otak pulak , bukan kepala lutut . Simpan dalam hati cukup . Kalau betul dia buat salah , biar Allah jea hukum . * pengumuman , semua ambil iktibar termasuk nas *
11.Cakap follow tapi tak pun. Minta-minta perkara nie tak berlaku dekat blog nas . Kat shoutbox punya la cakap dah follow tapi actually tak . Nas tak macam tu ek . Nas akan cari button follower yang ader gambar kita tue sampai jumpa . Kalau tak jumpa jugak , baru nas click yang dekat navi bar tue . Follow | share | Report Abuse | Next Blog . Nas tak suka sangat yang no 2 sebab kita takmasuk senarai tapi memang kita follow blog tu.
12.Gambar background sexy & Hot. Satu hari nas berblogwalking kat blog satu makhluk nie sebab dia tinggalkan jejak dekat blog nas . Siap follow lagi . Nas dengan bernyanyi-nyanyi riang , click la nama dia . Sekali keluar background bapak sexy ! Disebabkan gambar you yang sexy tue , I jadi segan , so I tak dapat nak follow you . Baru nampak header nas dah tekan [x] .Sorry ! Kalau you tukar background , I follow . Jangan lupa bagitahu I . HAHA
13.Tak tinggalkan link. Kalau nak suruh nas follow and blogwalking dekat blog awak , jangan lupa tinggalkan link yaw . Dekat shoutbox ok .
14.Shoutbox tarak. Siapa-siapa yang takde shoutbox lagi dekat blog dia tue , silalah buat . Shoutbox adalah sangat penting dalam dunia blog sekarang nie sebab menyenangkan kerja orang lain . Dapat pahala kan coz senangkan kerja orang lain ^^ *insyaAllah
15.Silent reader. Ada setengah orang tak suka silent reader dekat blog dia . Kalau boleh dia nak orang komen setiap post dia apabila dah baca entri dia . Tapi nas tak kesah . Nas sayang silent reader nas . Baca setiap post tapi tak komen . Paling koman pown tinggalkan jejak dekat shoutbox . Takpela . Lagi ok dari orang yang tipu kata entri best tapi tak baca pown .
16.Kata-kata yang selalu sangat digunapakai. I dah follow you , follow me back . :) Nak lagi simple , follow back . Tanpa tanda noktah dan apa-apa yang sewaktu dengannya . So , im ok with it . Bagi nas , nothing is wrong . Salah ker kalau kita follow dia balik . Kira baik dah dia datang blog kita then follow dari tak sudi langsung datang blog kita . Ada sesetengah yang tak guna ‘follow you , follow me back’ . Tak tahu ape problem . Maybe dia fikir , kalau follow tak ikhlas , sekadar nak ramaikan followers , baik tak payah follow . Tapi , lama-lama maybe dia terbuka blog kita , pastu komen-komen , jadi friend la pulak . Tak pun , jadi pengunjung setia blog kita . Kan dah untung . Entah , suka hati dia la. Ada nas kesah . HAHA . kita dah buat orang lain happy , kita akan lebih happy . Tapi perinsip orang lain – lain , so nak tak nak , kita kena respect mereka ^^
17.Banyak gambar dalam blog. Perkara nie boleh menyumbang kepada global warming taw . Ececeh , gurau sahaja . Actually boleh menyumbang keburukan kepada blog . Apa ? Blog akan jadi lagi berat la braderrr . Nas punya blog beratnya 93 . Nasib baik bawah 100 . Blog korang ? check la yea :)
18.Kotak cakap-cakap. Nas panggil macam tue sebab nas tak tahu nama dia apa . XD
Tapi siyes , benda tue kadang-kadang menyusahkan and rasa macam nak bunuh jea tuan punya blog tue . HAHA *jkeo . Ala , benda tue kalau kita pergi blog dia , belum ape-ape keluar satu kotak . Ayat yang biasa . ‘Annyeong , baik-baik di blog saya . Jangan lupa follow and comment .’ Lagi satu ‘nama awak ?’ pastu kena click ok . Then keluar lagi , hai ( sape2 la ) , baik-baik di blog saya . Jangan lupa follow and comment’ . Kalau tak buat nie lagi ok . Nas pernah kena ( untuk kali yang keberapa dah nie ? -.-‘ . Dia kira dari 1 sampai 50 lepastu ABC pulak . dah la setiap huruf tue kena tekan ok / enter . Gilee tension . Nak pangkah pown tak boleh . So , jangan buat macam tue ya , tak baik untuk sesama manusia . Yang pendek-pendek tak ape lagi .
Tamat
Nota Muka ; Tamat sudah . Nie semua adalah buah fikiran nas seorang . Tak disogok / diupah XD . So , sape-sape yang terasa , nas mohon ampun . Well , kita kena respect orang lain jugak , macam yg nas dh tulis sebelum nie , lain orang , lain prinsip ..so let them be .Tak puas hati cakap depan-depan and guna nama and link sendiri . Kalau nas salah , nas akan minta maaf .
* ayat mesti sopan ya , kalau tak , tak layan ! :D *
Nota Tangan ; Lagi seminggu la gamaknya nas update blog . Esok dah sekolah . Homeworks bertimbun lagi . Bagus tak saya ?
Nota Kaki ; Ada tak yang nas tertinggal ? nas tak kupas dengan lebih lanjut ? kalau takda nas nak kupas bawang . ciaw .