Amaran keras ; jangan sambut April fool . Nak tahu kenapa ? Scroll ke bawah
kalau malas nak bace sebab panjang berjela , just scroll down lagi sampai la jumpa
"Bermulanya Kekejaman Kafir"
Tahu tak April fool nie sebenarnya macamana ? Ok , nas bagi contoh mudah . Budak A cakap dekat budak B yang maknya dah meninggal dunia . Budak B nie dengan perasaan panik campur nangis pergi call rumah dia . Nak pastikan betul ker tak . Lepas budak B call , barulah dia tahu hal sebenarnya . Si budak A nie pulak seraya pergi dekat dia and jerit " APRIL FOOL ! " .
Cuba bayangkan apa yang kita buat dekat kawan kita tue , Allah turunkan kepada kita ? Menyesal tak sudah la kita . Menangis air mata darah sekalipun bukan boleh mengembalikan semula orang yang telah meninggal dunia . Hal mati dan ajal jangan sesekali dijadikan mainan.
Sebelum buat apa-apa , baik kita hayati dan renungkan sejarah April Fool nie dulu . Kalau nas nak copy and paste dari google rasanya dalam 15 minit baru habis baca entry nie . Jadi nas akan simpulkan , jadikan cerita nie sinopsis jea untuk menjimatkan masa . Nas nak mohon maaf kalau jap-jap lagi .. nas tersalah fakta ker apa .
Sejarah April Fool
Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.
Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Foolatau dikenali sebagai The April’s Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.
Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur’an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.
Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.
Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya.Mengajar minum arak , menari adalah lebih baik dari membaca Al-Quran dan sebagainya.
bermulanya Kekejaman kafir
♥ tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.
♥ Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
♥ Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.
♥ Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.
♥ Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
♥ Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.
Nota Kaki ; Nas harap dengan membaca entri kali nie , kita akan lebih menghayati kenapa kita tak seharusnya menyambut April Fool.
19 kisses me :):
baru tahu ;0
kawan sy punya bithday hari satu april nie. kesian dy selalu kena gula. ni sejarah betul eh?
nasib baik hanan x pernah sambut sebab ibu abah hanan tak bg.lagipun mcm orang bodoh je sambut..hanan siap bg amaran dekat kawan hanan kalau diorang buat april fool kat hanan kene tampo sekali.haha
nice entry btw jln2 dan follow , follow back ye :)
ish2... kekejaman tahap melampau ! konklusinye, jgn sambut.. huhu
aw , suke bce post nas yg pasal APRILFOOL ini , thankz yer , info yg amat berguna . LIKE <3
@starcandy ; la yeke ?
@sue ; happy bda to kawan sue tu XD kalau ikut yg nas tahu , betul la sejarah dia nie.. tp tak tahula kowt2 ader macam-macam version .try la search kat google ^^
@hanan ; bagus2. sis pown tak sambut :)
@mia ; thx ! ok nas follow :)
@diana ; yup2. betul tue
@lanun ; memang ! kejam gilee
@sis nisya ; thx sis :)
baru tahu nih :) info menarik :)
@umi > thx :)
hye :) thanks :) done follow you too :)
HAAAA thanks okeh :) salam blogging :)
have a nice day anda happy sunday :)
@aiman ; ok . happy sunday ^^
Izin share..
Fukuchan SSB.
@Nurul Hanifok !
Post a Comment