Sunday, August 15, 2010

Wahh~Jom Tambah Pahala Puasa :)

salam ,
bace sampai habis yo :)

Antara perkara-perkara sunat dalam puasa:

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.


2) Makan sahur walaupun sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.


3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas drpd tengah malam & sblm waktu imsak.

4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.

5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

6) Memperbanyakkan sedekah.

7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.

8 ) Menghadiri majlis-majlis ilmu.

9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.

10) Jangan bersugi (berus gigi) setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

La , senang jea nak tambah pahala puasa :) Nak kurangkan pahala lagi senang.
so ape lagi , selamat beribadat kepada semua umat Islam :)

1 kisses me :):

Anonymous said... [♥ Rekiss ♥]

selamat berpuasa :)