Wednesday, March 16, 2011

Tingginya Martabat Wanita

Bca sampai habis.
credit to Muna






Wanita , ape erti wanita ?Sesungguhnyaa erti WANITA banyak sekali . BESAR sekali ertinya

dimana sahaja kita dapat lihat wanita . wanita yang solehah mahupun sebaliknya . ibu kita , nenek kita , adik kita , kakak kita WANITA , malah Saudara mara , sepupu sepapat kitapun wanita . tidak cukup lagikah bukti untuk menunjukkan bahawa setiap keluarga mempunyai seorang atau lebih wanita . aku pernah baca satu hadis yang menunjukkan erti wanita .


((إِنَّ الْمَرْأَةََ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ, لَنْ تَسْتَقِيْمَ لَكَ عَلَى طَرِيْقَةٍ, فَإِنِ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اِسْتَمْتَعْتَ بِهَا وَفِيْهَا عِوَجٌ, وَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهَا كَسَرْتَهَا وَكَسْرُهَا طَلاَقُهَا)) "Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk, ia tidak bisa lurus untukmu di atas satu jalan. Bila engkau ingin bernikmat-nikmat dengannya maka engkau bisa bernikmat-nikmat dengannya namun padanya ada kebengkokan. Jika engkau memaksa untuk meluruskannya, engkau akan memecahkannya. Dan pecahnya adalah talaknya.” 

Read More ;  Sumber :)

TINGGINYA MARTABAT SEORANG WANITA TIADA TANDINGANNYA :)

tinggikah martabat perempuan ? jawapannya mestilah ye kan ? kalau tak bagaimana hadis nabi ada menyatakan " SYURGA TERLETAK DI TAPAK KAKI IBU"Adakah IBU korang LELAKI ? IBU korang WANITA kan ? so , tak cukupkah lagi buktinya ? tak cukup lagi ? oke . baca hadis dibawah ni ye . hadis2 ni aku petik dari KSP :) thank you KSP . :)

19 HADIS RASULULLAH SAW tentang WANITA :)

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., 
“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.




2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.




3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.



4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.




5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.




7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w. t.memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh


12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s. a. w, “Ibunya”.


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.






14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.


18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,maka baginya syurga.


19. Daripada Aisyah r. a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.” 

alangkah tingginya martabat seorang wanita , wanita senang hendak mendapat pahala dan senang untuk mendapatkan dosa :) 

yang laki nak jadi wanita ke ? cepat pergi buat pembedahan ! haha . ehh , tidaklah macam tu ye , sesungguhnyaa bersyukurlah dengan ape yang Allah kurniakan .. :) 

ni haaa , aku tujukan khas tuk perempuan ;)

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tidak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku miliki